Mode luar talian aktif
Panduan Usahawan

10 Idea Perniagaan Makanan Modal Rendah di Malaysia

Dikemaskini 12 Jun 2026 • 6 minit bacaan

Nak mula perniagaan makanan tapi modal terhad? Tak perlu risau — ramai usahawan F&B Malaysia bermula dengan modal bawah RM1,000 dan kini ada kedai sendiri. Artikel ini kongsi 10 idea perniagaan makanan modal rendahyang terbukti berjaya, lengkap dengan anggaran modal & tip untuk cara memulakan perniagaan makanan anda.

Kenapa F&B sesuai untuk usahawan baru?

  • Permintaan sentiasa ada — orang Malaysia suka makan.
  • Boleh start kecil dari rumah / gerai sebelum naik ke kedai.
  • Mudah test market melalui WhatsApp, Instagram & marketplace.

10 Idea Untuk Anda Pertimbangkan

  1. 1. Nasi Lemak Bungkus

    Modal: RM 200 – RM 500

    Mula dengan dapur rumah, jual pagi sahaja. Margin tinggi, repeat customer ramai.

  2. 2. Air Balang & Bubble Tea Gerai

    Modal: RM 500 – RM 1,500

    Modal alat sealer, tumbler & bahan asas. Untung 60-70% sekali pukul.

  3. 3. Roti John / Burger Bakar

    Modal: RM 800 – RM 2,000

    Gerai malam tepi jalan. Boleh start kecil dengan satu hot plate.

  4. 4. Ayam Goreng Berempah

    Modal: RM 500 – RM 1,200

    Resepi rahsia keluarga + branding kuat = sustainable business.

  5. 5. Pisang Goreng Cheese / Crispy

    Modal: RM 200 – RM 600

    Trending snack, kos bahan rendah, sesuai untuk jual petang.

  6. 6. Catering Bento Box

    Modal: RM 1,000 – RM 3,000

    Sasaran pekerja pejabat. Order advance, kurang waste, cashflow stabil.

  7. 7. Kuih-muih Tradisional Online

    Modal: RM 100 – RM 400

    Jual melalui WhatsApp & Instagram. Modal mula sangat rendah.

  8. 8. Frozen Food Homemade

    Modal: RM 500 – RM 1,500

    Karipap, samosa, popia frozen. Boleh hantar 1 minggu sekali.

  9. 9. Sandwich & Wrap Sihat

    Modal: RM 600 – RM 1,500

    Sasaran gym goer & corporate. Premium pricing OK kalau presentation cantik.

  10. 10. Kopi Tarik Mobile Cart

    Modal: RM 1,500 – RM 3,000

    Pasar pagi, weekend bazaar, event korporat. Margin minuman tertinggi.

Cara digitalkan perniagaan anda dengan Saji

Selepas pilih idea, langkah penting seterusnya ialah sistem jualan. Dengan Saji anda dapat menu QR percuma, POS, sistem dapur (KDS), loyalti pelanggan & masuk marketplace — semua dalam satu pakej. Modal RM0 untuk mula (pakej Free).